Thursday, December 23, 2010

pergimu tiada ganti


Assalamualaikum....
hilangmu tiada berganti... hanya itu yg mampu ku ungkapkan..
bila mana seorang insan yg menjadi pendorong dlm kehidupan pergi buat selamanya...
ajal maut di tangan tuhan.. tiada siapa menduga sepupuku gemulah muzalni soid bakal meniggalkan kami dengan tiba2... belum pun cukup 100 hari permergian ibudanya pada19 september yang lalu. dia antara insan yang sangat2 bersedih dan jatuh tatkal permergian ibundanya dulu kini turut menjejaki ibundanya. kata isterinya, khairatul animah atau mesra dengan panggilan kak ima, abg muzalni ada memberitahu dia bermimpi akan ibu dan bapanya menjemputnya pulang beberapa hari sebelum beliau jatuh sakit. beliau disahkan meninggal dunia pada 22dec 2010 jam lebih kurang 1 a.m. akibat pendarahan dalaman disebabkan pengambilan ubat pencair darah/ aspirin.

kenangan aku dan dia? jika dibandingkan dia meninggal pada usia 42 tahun. wpun jarak umur kami jauh berbeza tapi dia antara sepupu yg menyayangi aku.. dulu semasa aku kecil aku masih ingat abg muzalni menyambung pengajian ke united kingdom dalam bidang undang2. dia tak pernah melupakan buah tangan untuk aku jika pulang ke malaysia. dia belikan aku banyak permainan.. suke sgt... bila dapat tahu aku turut menyambung pengajian dlm undang2 dialah antara insan yang paling gembira. ingat lagi tahun lepas kami sekeluarga ke rumah ibunya di pulau pinang. tahu jela perangai bapak aku tu kalau nk mengusik aku x kire tempat. aku pun ape lagi x kire tempat jugak la melalak.. paling lawak abg muzlini x abis2 interbiu aku time tu, wpun dia tau aku tgh nanges dasat punye.. nk jgak dia tanye pelajaran aku la ape la.. aku ni plak ngn teresak tu bleh lg jawab soalan interbiu dia tu,, cam pause2 jap jawab soalan kan.. lawak plak rasa...

kali terakhir bertemu dia time arwah ibunya meninggal selepas raya hari tu.. yup dia antara org yg sgt2 down.. x terbangun.. rebah di katil.. sampailah mlmnya ayah aku pergi nasihat2 sket bru dia dpt bangun.. tp sejak tu kesihatan dia kurang baik. hmm cerita pasal arwah, dia ni penasihat undang2 parlimen. the one and only. semua isu undang2 parlimen bleh la tnye2 dia dlu, tp malangnya aku x sempat ambil kesempatan itu. tp x pe.. at least aku bangga ada seorang sepupu yang hebat seperti dia. yes.. sangat bangga. dia meninggal pun ramai org datang. event semua pegawai parlimen dan AG chambers pon termasuk lah Tan Sri Abdul Ghani Patail dan orang2 kenamaan lain juga turut hadir.. alhamdulillah bukan semua org dpt penghormatan sebegitu... yang penting ramai orang solatkan jenazah beliau di masjid Putra Putrajaya. menolak segala cemuahan org2 sekeliling mengatakan dia ni xde kwn kenalan sbb dia x bercampur dgn org sekeliling.. yezz dia x campur dgn org sekeliling sebab dia sibk kerja.. so opkos la dia ramai rakan sekerja. nasib baik pandika amin x dtg sbb dia outstesen lau x mau msuk dlm kotak la muka insan2 yg suka mengata org tu kan... hish itula manusia.. orang da meninggal pun nk ckp mcm2...

cerita pasal isteri dia pulak... khairatul animah... msihmuda berusia 33 tahun lulusan BLS UiTM.. bertugas sebagai pembantu undang2 di AGC. anaknya bersama arwah baru berusia 3 dan 4tahun.. kini beliau mengandung anak ketiga selama 4 bulan. hmm kalau aku yg hanya sepupu ni da rasa kebingungan mcm org mati suami.. dia apatah lagi.. dengan anak2.. huhu dia baru mendapat tawaran utk sabung LLB honours di UKM tahun hadapan. dia sudah hilang semangat utk teruskan, kerana itu hasrat arwah. baginya bila arwah sudah tiada, x ada makna dia nk sambung belajar lg. tp setelah dinasihati.. dia akan teruskan juga demi anak2.. anggap itu satu cabaran utk teruskan hasrat arwah suaminya. semoga beliau tabah dan tawaran itu akan mengubah kehidupannya dan anak2...
semoga Allah permudahkan jalannya dan insan2 di sekelilingnya.. Amin....

*igt nnt blik awal nk ziarah pusaranya....

No comments:

HiDup HaNyA SeKali!