Showing posts with label insaf lorr. Show all posts
Showing posts with label insaf lorr. Show all posts

Saturday, March 14, 2009

WUJUD???

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYASILELAKITADI.

'' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUAINIBERLAKU''.
 SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTKMEMOHONPERTOLONGAN.''

Friday, March 13, 2009

INGIN MENCINTAIMU!

hati ini terasa kekosongan
masih mencari sebuah cinta nan sejati
aku sedang cuba mengenalimu
peribadimu, akhlakmu
ingin sekali mendekatimu
namun aku tidak mampu
takdir menentukan segalanya
aku tahu aku tidak layak
aku tahu siapa aku
namun aku tidak meminta balasan kasihmu
aku hanya ingin sekadar mencintaimu
kerna aku tahu jika aku mencintaimu kini
aku bisa mencintaimu selamanya
aku bisa menjadikamu kekasihku selamanya
biar ku tahu kau punya ramai kekasih
meskipun dirimu bukan suamiku
aku masih boleh mencintaimu
siapa pun suamiku kelak
dia pasti tidak kisah aku mencintaimu
kerna kau KEKASIH ALLAH.

Saturday, February 28, 2009

sanggupkah berkongsi????

“dan orang-orang yang berkata, “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.” [surah alFurqan:74]

hmm jika anda perasan pada tafsir ayat di atas, sudah terang lagi bersuluh, klu tak cukup bleh gune highlighter. "anugerahkanlah kepada kami ISTERI-ISTERI....
suke abg-abg kat luar sane dgr.
ada di kalangan sahabat-sahabat saya termasuk saya sendiri pernah menyatakan yang kami tdk kisah dengan isu bermadu. 'kononnya' bg kami jika sudah ditakdirkan apa yang kami mampu. itu sudah janji tuhan kami terima.mungkin juga payung emas yang menjadi igauan gadis-gadis ini. belum cuba belum tahu. dah try nanti bru tau. mungkin bagi kita semuanya ok jika suami itu sediri mampu bersikap adil kepada semua isteri isteri isteri dan isterinya. 

namun adakah kita sedar. yang kita sebenarnya tidak mampu. saya teringat kata-kata dari kak long (miss u) seorang pelajar di bidang perubatan di UIA Kuantan. cuba kita fikir, kalau sahabat baik kita sendiri, jumpa kawan baru, cakap dengan org lain sampai lupa kita kat sebelah pun kita dah jeles, hangin n etc. apakan pula jika suami kita bersama orang lain, mampukah kita bersabar. mustahil tiada perasaan cemburu yang terdetik. 

setelah difikirkan, mungkin dulu saya antara orang yang tidak mempunyai masalah dengan poligami. tidak pula bermakna sekarang saya ada masalah dengan poligami. namun, sekarang saya sedar masalah remeh saja saya tidak mampu bertahan, inikan pula hal sebesar ini. sahabat saya bersama teman lain saja saya sudah rase len macam inikan pula suami sendiri. tapi tidak bermakna saya menentang, jika mmg itu takdirnya, siapa saya untuk menghalang.

usah dikata sahabat terlalu jauh. dengan adik-beradik saya sendiri pun timbul perasaan cemburu. rasa tidak kuat untuk berkongsi kasih sayang ayah saya dengan org lain. jiwa selalu memberontak, kenapa saya perlu berkongsi kasih sayang daddy dengan adik-adik, abg sy dan juga sepupu2. tambahan sepupu, hati sering bertanya "ape ke halnye diorg ni, mak bapak sendiri ade, sebuk nak manja ngan bapak org" huhuhu. kekadang tu jeles para sepupu ni manje ngan abg sy. pehal le korg ni sebok je nk manje ngan abg org... terkadang terasa lucu, tak matang dan agak kurang bijak bila difikirkan kembali... para sepupu ku itu biasanya lebih tua dariku. mereka telah bersama abgku dan ayahku lebih lama dariku, so ape masalahnye dirg mesra... yang hal aik2 aku plak, diorg tu bru je lahir kat dunia ni. wajarlah mereka mendapat kasih sayang yg terkadang agak lebih dari aku. dulu aku idup single ngan bapak aku, tanpa perlu kongsi dengan sesape pun. tdk cukupkah itu?? bg aku tidak sebab aku memang tamak kasih sayang. mungkin telah lama idup single dengan bapak n abg aku buatkan aku rasa mereka milik aku, tak sesape pon bley kacau. oleh itu kehadiran mereka ke dlm hidup aku boleh dikatakan pengacau, perampas, penyibuk jer!!! hahah what can i do? cuba untuk berkongsi. alhamdulillah sekrang aku agak boleh menerima kenyataan yang aku harus berkongsi. hahaha cam ' b ang ang' je.

konklusinya, jika anda ditakdirkan untuk berkongsi kasih sayang orang yang anda saya denga orang yang mungkin anda tak sayang pada mulanya. permulaannya agak menyakitkan, namun jika anda YAKIN anda boleh, anda mampu  mengubahnya. mulakan denga menyayangi insan yang anda tak sayang tadi. hehehe  bila anda sayang dia anda akan sanggup berkongsi apa saja dgn dia. namun tidak bermakna anda harus berkongsi suami anda dengan semua sahabat yang anda sayang. huhuhu. dan jangan pulak cuba-cuba nak konsi suami orang, buat macam anda punya [detinue]...

apa-apa pun, lain org lain pendapat, this is mine. wht's urs?? hmm think about it!!!
wassalam.

Friday, February 27, 2009

Adakah aku telah berzina?? Fikirkan


Takut sekali dengan perkataan
ZINA HATI. Na'uzubillahiminzalik... Zina ni sebenarnya ada banyak jenis.. Zina mata, zina tangan, zina kaki, zina hati. Walaupun, tak berjumpa, tak berpegang-pegang, tapi, anda masih teringat-ingat kat sidia.. Hah.. itulah zina hati namanya.

• Tiada cinta hakiki melainkan CINTA kepada ALLAH. Kalau kita sayang seseorang tu, ingatlah bahawa suatu hari nanti dia akan pergi meninggalkan kita. Namun pada ketika itu, ALLAH yang sentiasa bersama kita untuk mendengar rintihan hamba-NYA.

• Gerun sekali apabila mendengar perkataan zina hati. Ya ALLAH, sesungguhnya diri ini amat hina. Diri ini penuh dengan lumpur dosa. Diri ini lemah tanpa bantuan dan perhatian daripada MU. Janganlah ENGKAU palingkan perhatianMU kepada ku, Ya ALLAH. Tolonglah peringatkan aku dengan ayat-ayatMU ya ALLAH. Ampunilah hambaMU ini Ya ALLAH.

• Ya ALLAH, aku ialah hambaMU. ENGKAU ialahlah Tuanku. Pimpinlah aku ke jalan yang ENGKAU rahmati dan redhai.

• Apa gunanya aku mencintai makhluk melebihi cintaku pada-MU YA RABB. Biarlah cintaku itu berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:
"tidak sempurna iman seseorang selagi dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri"


Kalau rasa cinta itu hadir dalam jiwamu, jangan terus buang. Hargai rasa cinta itu, sebab manusia memang dilahirkan dengan rasa cinta. Tak perlu buang atau mengabaikan rasa cinta itu, sebaliknya, kawallah rasa cinta itu. 'Transform' rasa cinta itu kepada cinta yang lain. Cintakan kucing, beg, radix cola, jam, ilmu, laptop.. Haa... Cuba alihkan cinta anda pada sidia kepada cinta yang lain. Kerana, cinta yang lain lebih berkat.
Ya sohabbati,Jangan takut atau gusar tentang soal jodoh anda.. kerana sesungguhnya Allah dah janji kepada kita semua, kita akan dapat jodoh yang sepadan dengan kita. "...wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.."(AnNur:26).. Haa.. takkan anda tak percaya dengan janji Allah? Kalau percaya, tak payah la nak runsing-runsing fikir hal jodoh lagi..(^^,) Amalkan membaca Surah AlFurqan ayat 74. Itu doa semoga kita mendapat jodoh yang baik, yang sepadan dengan kita. Insyallah..

kalau dulu saya katakan atau anda juga katakan tidak tahu apa itu zina hati, dan tidak tahu jika pernah melakukannya. nah sekarang ia bukan lagi alasan. masih belum terlewat untuk kita bertaubat. Insyaallah taubat kita akan diterima tuhan. sesunguhnya Allah tidak kejam. dosa kita akan diampunkan jika kita benar-benar tidak tahu atau tidak sedar akan dosa yang kita lakukan. sangat bertentangan dengan prinsip undang-undang. once gazetted, 'ignorance of law is not an excuse'. fikir-fikirkanlah selagi nyawa masih dikandung badan, selagi namau tidak tercatat di daun yg gugur. selagi tuhan masih mahu mengampunkan. 

“wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik(pula)” [surah anNur:26]

“dan orang-orang yang berkata, “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.” [surah alFurqan:74]


# Bercintalah dengan ALLAH. Pasti akan dibalas. #

HiDup HaNyA SeKali!