Friday, February 27, 2009

Adakah aku telah berzina?? Fikirkan


Takut sekali dengan perkataan
ZINA HATI. Na'uzubillahiminzalik... Zina ni sebenarnya ada banyak jenis.. Zina mata, zina tangan, zina kaki, zina hati. Walaupun, tak berjumpa, tak berpegang-pegang, tapi, anda masih teringat-ingat kat sidia.. Hah.. itulah zina hati namanya.

• Tiada cinta hakiki melainkan CINTA kepada ALLAH. Kalau kita sayang seseorang tu, ingatlah bahawa suatu hari nanti dia akan pergi meninggalkan kita. Namun pada ketika itu, ALLAH yang sentiasa bersama kita untuk mendengar rintihan hamba-NYA.

• Gerun sekali apabila mendengar perkataan zina hati. Ya ALLAH, sesungguhnya diri ini amat hina. Diri ini penuh dengan lumpur dosa. Diri ini lemah tanpa bantuan dan perhatian daripada MU. Janganlah ENGKAU palingkan perhatianMU kepada ku, Ya ALLAH. Tolonglah peringatkan aku dengan ayat-ayatMU ya ALLAH. Ampunilah hambaMU ini Ya ALLAH.

• Ya ALLAH, aku ialah hambaMU. ENGKAU ialahlah Tuanku. Pimpinlah aku ke jalan yang ENGKAU rahmati dan redhai.

• Apa gunanya aku mencintai makhluk melebihi cintaku pada-MU YA RABB. Biarlah cintaku itu berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:
"tidak sempurna iman seseorang selagi dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri"


Kalau rasa cinta itu hadir dalam jiwamu, jangan terus buang. Hargai rasa cinta itu, sebab manusia memang dilahirkan dengan rasa cinta. Tak perlu buang atau mengabaikan rasa cinta itu, sebaliknya, kawallah rasa cinta itu. 'Transform' rasa cinta itu kepada cinta yang lain. Cintakan kucing, beg, radix cola, jam, ilmu, laptop.. Haa... Cuba alihkan cinta anda pada sidia kepada cinta yang lain. Kerana, cinta yang lain lebih berkat.
Ya sohabbati,Jangan takut atau gusar tentang soal jodoh anda.. kerana sesungguhnya Allah dah janji kepada kita semua, kita akan dapat jodoh yang sepadan dengan kita. "...wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.."(AnNur:26).. Haa.. takkan anda tak percaya dengan janji Allah? Kalau percaya, tak payah la nak runsing-runsing fikir hal jodoh lagi..(^^,) Amalkan membaca Surah AlFurqan ayat 74. Itu doa semoga kita mendapat jodoh yang baik, yang sepadan dengan kita. Insyallah..

kalau dulu saya katakan atau anda juga katakan tidak tahu apa itu zina hati, dan tidak tahu jika pernah melakukannya. nah sekarang ia bukan lagi alasan. masih belum terlewat untuk kita bertaubat. Insyaallah taubat kita akan diterima tuhan. sesunguhnya Allah tidak kejam. dosa kita akan diampunkan jika kita benar-benar tidak tahu atau tidak sedar akan dosa yang kita lakukan. sangat bertentangan dengan prinsip undang-undang. once gazetted, 'ignorance of law is not an excuse'. fikir-fikirkanlah selagi nyawa masih dikandung badan, selagi namau tidak tercatat di daun yg gugur. selagi tuhan masih mahu mengampunkan. 

“wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik(pula)” [surah anNur:26]

“dan orang-orang yang berkata, “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.” [surah alFurqan:74]


# Bercintalah dengan ALLAH. Pasti akan dibalas. #

No comments:

HiDup HaNyA SeKali!