Showing posts with label puitis. Show all posts
Showing posts with label puitis. Show all posts

Friday, May 15, 2009

sepi


terkadang rasa diri dijerut seribu kesunyian. saat diri dilupakan.

saat diri tidak disedari kewujudan. saat diri tidak dihiraukan dan difikirkan.

mengapa aku mampu merasakan itu. sedang aku biasa sendiri.

aku tahu aku tidak penting bagi mereka.

aku tahu mereka punya orang lain.

tanpa aku mereka tiada beza, masih mampu bernafas.

tanpa aku mereka masih bisa tertawa. aku tidak penting.

wujud atau tidak tiada bezanya. bukan aku mengeluh atas khidmatku.

tidak juga menyesal  dengan kasihku pada mereka.

namun salahkah aku minta diingati. mohon dikenang. pinta dilihat.

perlukah aku menyembah setap kali.

hati luka tidak dihiraukan. yang penting mereka tidak tahu.

menolak ketepi  perasaan demi mereka. supaya mereka tidak tahu perbuatan mereka.

masih jahatkah aku. masih burukkah aku.

namun pengorbanan orang tidak penting, pastinya tidak penting.

tidak dilihat. tidak dihirau dan difikirkan serta dilupa.

 

ingin berhenti bernafas, aku bukan pemilik diri ini.

terasa ingin lari dari dunia, namun aku bukan angkasawan Malaysia ke-2.

ingin lari dari semua orang disekelilingku.

keluar dari semua kepompong masalah yang menjerutku.

disaat diri dilupakan aku rasa bebas kemana mahuku.

terasa ingin berhenti belajar ‘disini’.

menerbangkan diri ke luar negara.

belajar, bekerja atau bekeluarga mana mahuku.

memulakan sebuah kehidupan baru.

kerna aku tahu aku mampu. aku sudah biasa sendiri.

sejak dulu. kini. dan selamanya.

namun aku tahu masih ada insan yang akan memerlukan daku nanti.

 

Thursday, April 9, 2009

kamu+aku=kita

indah itu kamu

cantik itu dia

namun manis itu kita

warna itu warna kita

setiap detik milik kita

namun bukan setitis milik kita

 

aku tetap aku

kamu masih kamu

namun kita pasti bersama

kerna kita adalah kita

bukan mereka

 

andai aku bukan lagi aku

engkau  tetap engaku

kerana kita bukan satu

 

senyumanmu menarik senyumku

tangis ku menarik tangismu

kerna kita bersama

bersulamkan kasih

berbenangkan sayang

namun terselit seutas rindu

beranyamkan sendu

 

 

Tuesday, March 24, 2009

fuh! setelah sekian lame, xde idea...

kedinginan ini menggigit tubuhku
semakin kucuba berlari
makin berat ia berlalu
seperti mengerti rass hatiku
ia menanti

namun aku tidak berdaya
waima hanya menanti
aku tidak tega berdiri
tanpa ada sekelumit rasa
perit 
dan ia terus berlalu
tanpa kupinta
sekalipun ku paksa

ia berlalu
namun ku masih disini
menanti tidak
dinanti tidak
hanya sekadar disini
membiarkan ia berlalu.

Wednesday, December 17, 2008

NUKILAN

MENGAPA DAN MUNGKIN

Aku sering tertanya
Mengapa aku disini
Dan mengapa engkau disana
Mengapa tidak aku cuba berlari
Mengapa tidak engkau cuba berhenti
Meninggalkanku itu suatu kepuasan?

Mungkin aku harus beredar
Ke arah kejernihan
Tanpa dirimu
Mungkin aku lebih bebas
Dan engkau lebih puas
Kerna kau tidak mahu kita bersama
Walau aku terbang ke arahmu

Aku cuba menampar sebuah mimpi
Aku bersamamu saat itu
Namun tidak dapat menepis sebuah rasa
Kerna ia berada dalam diriku
Dan insan lain jua
Semakin kutampar ia
Semakin itu aku ditampar
Oleh rasa itu dari insan lain

Mungkin aku tidak kenal itu
Tapi aku tahu itu
Kerna itu aku begitu
Perlukah ia begitu?




KEGELAPAN

Aku disini
Terus cuba mengerti erti kehidupan
Tanpa cuba membunuh sebuah kegelapan
Yang tanpa kusedari cuba menyelubungiku
Ia hadir tiap hari tanpa ku pinta

Bila ku kesana
Untuk sebuah hidup
Ia turut mengejarku
Seperti bayang hitam hidupku

Bukan aku tidak cuba membunuhnya
Tapi aku tidak berdaya
Aku lemah
Namaun aku tidak mungkin
Membiarkan ia membunuhku
Seperti mana kegelapan dahulu
Membunuh jiwaku

Dengan segenggam semangat
Yang ku semai dalam diriku
Ia akan tumbuh menjadi
Menjadi sebilah pedang
Untuk membunuh kegelapan itu
Dari hadir ke dalam
Sebuah kehidupanku
Seperti silamku


LUKA

Setiap hari aku disini
Tanpa jemu menatap sebuah kelukaan
Yang telah dikau ciptakan dalam hatiku
Saat aku memberinya padamu
Namun begitu aku rela
Aku biarkan sahaja apa perlakuanmu
Kepada hatiku
Kerna telah kuserahkannya padamu
Aku masih menanti
kau menyerahkan hatimu padaku
bukan untuk melukai
tapi untuk ku belai
dengan sebuah kasih
yang ku tanam dalam hatiku
ia masih hidup
masih segar
menantikan kehadiranmu

Saturday, December 6, 2008

desir hati

di kala malam tiada berwarna

setitik demi setitik mutiara hujan

membasahi bumi tuhan maha indah



di kala angin terus bertiup

dedaunan gugur terbang berlalu

bersam sebuah rindu nan layu



di kala itu jua aku terus bermimpi

mimpi akan sebuah keindahan

yang tidak bisa aku kecapi



ia jauh

ia tinggi nun disana

tidak akan tergapai walau ku terbang

itu tidak mungkin



Ya Tuhan sedarkan daku

bangunkan daku

dari sebuah mimpi mustahil

fantasi mindaku



supaya aku tidakterbang

tinggi nun disana

kerna

terbang tinggi jatuhnya parah

daku tidak mahu meneruskannya

*on d way g mlake..

Sunday, November 30, 2008

cintA..

knape kita cbuk mencari cinta org lain, sedangkan ade cinta yg menanti kita sejak dulu, kini n selamanya… Cinta siapa? Dia yg memilikimu amat menyintaimu…

Cinta sering dicari
Cinta sering diburu
Meski ia tidak dapat sentuh
Tidak dapat dihidu
Namun dapat dirasa kemanisannya
Kita sering mendamba cinta yang mustahil
Cinta yang bukan milik kita
Tapi mengapa
Kita juga lupa, lalai serta leka
Mencari cinta
Walaupun cinta tidak perlu dicari
Tidak perlu dipinta
Ia sentiasa ada untuk kita
Cinta yang dari dahulu
Kini dan selamanya
Cinta ini tidak perlu dicari
Ia sentiasa mendambakan kita, bukan sebaliknya
Cinta ada pada Dia
Dia yang memiliki kita
Siapa?
Siapa yang miliki kita
Kita sering lupa itu
Cinta itu tidak pernah luntur
Tidak juga jemu menanti kita
Walau siapa kita
Kerna Dia memiliki kita
Kerna kita milik Dia selamanya

*siapa miliki kita??? Sila rujuk post sebelum ini- ku milikmu* u’ll get the answer…

Tuesday, November 18, 2008

ku milikmu

Ku milikmu
Dari dahulu hingga kini
Setiap zarahku ini milikmu
Setiap hela nafasku ini milikmu

Aku tidak punya apa
Walau setitis debu
Segala adalah milikmu

Sesungguhnya aku tidak layak
Berbuat apa pun
Pada diriku
Kerna ia bukan milik ku

Tetapi aku sering alpa
Sering lupa
Lalai dan leka
Bahawa aku tidak punya
Apa pun

Aku tidak layak berada disini
Kerana aku bukan milik ku
Aku milikMu…


*XJmper jgak kita milik siapa, sila rujuk post bertajuk meniti hari, jawapannya ialah perkataan terakhir dalam post tersebut...

teman

Maafkan aku
Kerana menjadi temanmu
Maafkan aku menyeksamu
Aku sedar aku kejam
Aku lupa aku siapa
Aku hanya sekadar teman

Aku tidak mampu
Menjadi teman yang baik
Aku hanya insan nan kejam
Tidak menganal batas seorang teman
Tidak lebih dari teman

Pengorbanamu tidak akan daku lupakan
Sebagai teman
Aku akan ingat selalu
Bahawa
Aku hanya temanmu
Tidak penting lagi

Wednesday, October 8, 2008

untitled

Luluh hati bersulam tangis
Sendu sedan peneman sepiku
Saban waktu saban detik hatik terdetik
Menanti sinar dari kesuraman
Menanti irama dari kesunyian
Menanti manis dari kepahitan

Mengalir laju dari genggaman
Membawa sebuah rindu berlabuh
Bersama ketulusan sebuah ikatan
Ikatan suci dipaut erat
Menanti masa yang tidak pasti

Inginku lawan tiada terdaya
Inginku simpan tiada ruang
Ingin ku lontar tiada penyambut
Hanya mampu menanggung derita
Perit pedih membakar di benak hati
Mencari sebuah tasik rindu
Di sebuah gurun tandus
Yang menantikan hujan
Di saat kemarau nan panjang

Hadirmu bagai setitis embun dikala fajar
Memberi sebuah kehidupan kepada sang mentari
Menyuluh sinar dari pelangi
Tanpa jemu, tanpa gusar
Sebutir permata didasar lautan
Umpama dirimu di ruang hati


xde title lagik, huhuhu klu korg ade idea gtau r...

Monday, June 9, 2008

I just found s/thing special....

apakah kerana aku mnumpang disini
maka perasaanku harus diragut siatkan
atau aku mesti tunduk kepada segala kamhuan orang
yang semuanya aku sendiri tidak suka
atau apakah aku mesti merelakan diriku
merasakan kehinaan sendirian.

berapa banyakkah pengorbanan rasa harus aku berikan
atau sampai kiamat
atau sama bila-bila.

buat sekarang
bila-bila dan pada siapa-siapa
aku bersumpah
apa akan jadi atau sebarang risikonya
telah sanggup aku hadapi.
-kerana pada suatu peringkat
manusia tak lagi kesabarannya terjamin.

hari jumaat (29.6.79) jam 9.15 malam

dipercayai hasil nukilan arwah ibuku (laili) atau arwah pak cik (rosli)....

Tuesday, May 27, 2008

sempena ari ibu

Sejernih airmata yang bercucuran di pipi
Sejernih itulah kasihku padamu
Seindah purnama bercahaya
Seindah itulah cintaku padamu

Engkau insan pertama ku tatapi
Engkau insan pertama ku cintai
Demi kasihmu padaku
Nyawamu dikau korbankan
Tiada lautan emas untukku balas
Tiada segunung intan untukku beri
Kerna itu semua tidak setanding pengorbananmu

Andai kutahu hadirku suatu pemisah
Tidak aku ingin dilahirkan
Andai kutahu hadirku pembunuh
Aku lebih rela dibunuh
Andai kutahu hadirku dibenci
Pasti aku mengundur diri
Jika itu tanda kasihmu padaku
Tidak dapat aku membalas

Tanpamu disisku
Aku bagai tiada nyawa
Aku hilang segalanya
Aku hilang kasih sayang
Aku hilang kebahagiaan
Aku hilang sebuah kehidupan
Kerna tiada siapa yang bisa menandingimu
Di dunia dan akhirat

Aku mohon keampunan
Jka hadirku ini memisahkanmu
Jka hadirku ini tiada diingini
Jika hadirku ini pernah dibenci
Aku tahu kehadiranku
Memusnahkan jua kebahagiaan insan lain
Tetapi aku tidak berdosa
Aku tiada pernah meminta dilahirkan
Tiada pernah kupinta hadir ke dunia
Jika hanya sebagai pemisah, pemusnah, pembunuh
Insan-insan lain yang masih bernyawa

for mothers day..
Bagi insan yang masih memiliki ibu
Hargailah, sayangilah, taatilah ibumu
Sebelum beliau pergi menghadap ilahi
Sesungguhnya kasih sayang ibu tiada terbatas
Biar sanggup mengorban nyawa…
Sememangnya kita tahu anak yang kehilangan bapa
Lebih susah berbanding kehilangan ibu
Tetapi apabila kehilangan ibu
Kita
kan hilang kasih sayang
Kan hilang segalanya
Kasih ibu dan ayah jauh berbeza
Jika kehilangan ayah
Ibu mampu memberi kita kasih kedua ayah dan ibu
Tetapi pabila kehilangan ibu
Seorang ayah belum pasti mampu
Menampung kasih kedua ibu dan ayah

Bak kata abg paji “perpisahan dengan ibumu itu hanya sementara,
kita pasti bertemu lagi di akhirat kelak… bekalkanlah ibu bapamu dengan doa anak yang soleh”

namun saat manis 17 hari bersama ummi tak akan aku lupakan..
mungkin aku kehilangan ummi, tapi kini aku dikurniakan
3 orang ibu yang mengasihiku seperti anak mereka…
Mommy (ibu tiri)
Ibu Rahmah (ibu angkat)
De (ibu saudara)
Namun tidak dapat menandingi ummi..
sorry dad, abg n nenet...
mgkn satu mase dlu aku prnah ilang tujuan utk idup...
prnh ilang akal nk buang nyawa
sib baek xsempat buang
mgkn aku xbermakne kat sesape
tp aku x berhak buang nyawa aku
sebab ia bukan milik aku..

meniti hari

Meniti hari mendatang
Dengan penuh keraguan
Tanpa akal fikiran
Fikiranku kosong
Ibarat sehelai kain putih
Dinodai titik-titik hitam

Mencari diri sendiri
Tanpa panduan
Tanpa petunjuk dariMu
Tanpa mengenali diriMu sebenarnya
TanpaMu tiadalah aku
Hanya ciptaanMu yang hina

Degan angkuh
Aku bergerak dibumiMu
Menghirup udaraMu
Menumpang rezekiMu
Tanpa membalas budiMu

Tiada apa kau pinta dariku
Hanya sujud ampun setiap hari
Semudah itu aku lupakan
Tanpa sedikit rasa bersalah
kepadaMu Tuhan...

andai aku

Seandainya nafas ku terhenti
Akan kurelakan ia

Seandainya jantungku berhenti
Akan ku biarkan ia

Seandainya mataku terkunci
Akan ku redha segalanya

Biar
Biarkan sahaja ia terjadi
Jangan dihalang kehendak Yang Esa

Biar aku belum sedia menghadapi
Akan ku tempuhi dengan redha

Lepaskan hati kerdilku ini pergi
Lepaskan jiwa suci ini selamanya

Tidak sanggup menanggung lagi
Hancur berkecai jiwa terseksa

Tidak akan aku ulangi
Biarkan ia berlalu dengan bayu hiba

senyum dan tangis

Pada wajahku aku tersenyum
Dalam hatiku aku merintih
Pada luaran aku ketawa
Tapi di dalam aku menangis

Kau melihatku sebagai penghibur
Menghibur hati lain yang berduka
Pada hakikat aku tidak
Tidak pernah menghibur hati sendiri
Biar hati ini hancur
Remuk dimamah kecewa

Biar aku sendiri yang kecewa
Jangan kau jua kecewa
Biar aku menghiburmu
Biarpunh aku masih terseksa
Sendirian

Aku tidak betah melihat
Kau menangis lagi
Aku tidak ingin melihat
Titisan jernih dipipimu

Senyummu bakal menjemput senyumku
Hilai tawamu penyembuh duka hatiku
Setitis air matamu bakal mengguris
Hati kerdil ku ini

Apakah itu yang kau mahu
Apakah itu keinginanmu
Apakah itu menghiburmu
Jika itu yang kau mahu
Jika itu yang kau ingin
Akan aku tunaikan
Akan ku korbankan segalanya

Demi menjemput tawa mesramu
Agar senyum tawamu tidak pernah pudar
Bagi mengubat luka hati kecilku ini
Kerana
Senyum dan tangis yang menyatukan kita
sememangnya adat manusia...
sering melupakan yang ada ...
meminggirkan insan di depan mata...
mengenang yg telah tiada...
merindui insan yg jauh...
menyanjung yg telah pergi...
apakah aku akan menerima nasib serupa...
sepertinya ia akan menimpaku...
adakah dirimu akan berlaku kejam... kepadaku ..
seperti insan-insan lain di sekelilingku...
walau secebis tidak menghargaiku...
tidak menyedari kewujudanku...
tidak akan merasai kehilanganku..
merasai aku sebagai bebanan...
meninggalkan aku tanpa pesanan...
sesungguhnya hanya pada Allah ...
tempatku berlindung...
tempatku meluahkan kekusutan...
tempatku menumpang kasih ...
sementara aku menumpang hidup...
di dunia yang fana ini...
sebelum pergi bertemu yang maha... pencipta...

adakah dikau serupa seperti insan-insan itu.............

HiDup HaNyA SeKali!