Tuesday, May 27, 2008

senyum dan tangis

Pada wajahku aku tersenyum
Dalam hatiku aku merintih
Pada luaran aku ketawa
Tapi di dalam aku menangis

Kau melihatku sebagai penghibur
Menghibur hati lain yang berduka
Pada hakikat aku tidak
Tidak pernah menghibur hati sendiri
Biar hati ini hancur
Remuk dimamah kecewa

Biar aku sendiri yang kecewa
Jangan kau jua kecewa
Biar aku menghiburmu
Biarpunh aku masih terseksa
Sendirian

Aku tidak betah melihat
Kau menangis lagi
Aku tidak ingin melihat
Titisan jernih dipipimu

Senyummu bakal menjemput senyumku
Hilai tawamu penyembuh duka hatiku
Setitis air matamu bakal mengguris
Hati kerdil ku ini

Apakah itu yang kau mahu
Apakah itu keinginanmu
Apakah itu menghiburmu
Jika itu yang kau mahu
Jika itu yang kau ingin
Akan aku tunaikan
Akan ku korbankan segalanya

Demi menjemput tawa mesramu
Agar senyum tawamu tidak pernah pudar
Bagi mengubat luka hati kecilku ini
Kerana
Senyum dan tangis yang menyatukan kita

No comments:

HiDup HaNyA SeKali!