Wednesday, December 17, 2008

NUKILAN

MENGAPA DAN MUNGKIN

Aku sering tertanya
Mengapa aku disini
Dan mengapa engkau disana
Mengapa tidak aku cuba berlari
Mengapa tidak engkau cuba berhenti
Meninggalkanku itu suatu kepuasan?

Mungkin aku harus beredar
Ke arah kejernihan
Tanpa dirimu
Mungkin aku lebih bebas
Dan engkau lebih puas
Kerna kau tidak mahu kita bersama
Walau aku terbang ke arahmu

Aku cuba menampar sebuah mimpi
Aku bersamamu saat itu
Namun tidak dapat menepis sebuah rasa
Kerna ia berada dalam diriku
Dan insan lain jua
Semakin kutampar ia
Semakin itu aku ditampar
Oleh rasa itu dari insan lain

Mungkin aku tidak kenal itu
Tapi aku tahu itu
Kerna itu aku begitu
Perlukah ia begitu?




KEGELAPAN

Aku disini
Terus cuba mengerti erti kehidupan
Tanpa cuba membunuh sebuah kegelapan
Yang tanpa kusedari cuba menyelubungiku
Ia hadir tiap hari tanpa ku pinta

Bila ku kesana
Untuk sebuah hidup
Ia turut mengejarku
Seperti bayang hitam hidupku

Bukan aku tidak cuba membunuhnya
Tapi aku tidak berdaya
Aku lemah
Namaun aku tidak mungkin
Membiarkan ia membunuhku
Seperti mana kegelapan dahulu
Membunuh jiwaku

Dengan segenggam semangat
Yang ku semai dalam diriku
Ia akan tumbuh menjadi
Menjadi sebilah pedang
Untuk membunuh kegelapan itu
Dari hadir ke dalam
Sebuah kehidupanku
Seperti silamku


LUKA

Setiap hari aku disini
Tanpa jemu menatap sebuah kelukaan
Yang telah dikau ciptakan dalam hatiku
Saat aku memberinya padamu
Namun begitu aku rela
Aku biarkan sahaja apa perlakuanmu
Kepada hatiku
Kerna telah kuserahkannya padamu
Aku masih menanti
kau menyerahkan hatimu padaku
bukan untuk melukai
tapi untuk ku belai
dengan sebuah kasih
yang ku tanam dalam hatiku
ia masih hidup
masih segar
menantikan kehadiranmu

No comments:

HiDup HaNyA SeKali!