Thursday, December 18, 2008

kegilaanku

Dalam debaran menunggu keputusan peperiksaan. Hatiku diselubungi oleh sesuatu. Telah aku cuba suatu kaedah untuk melupakan seseorang dari mindaku, bukan dengan menggunakan sebarang mesin ‘selective memory eraser’ mahupun yang sama waktu dengannya. Namun berdasarkan hasil pembacaanku, aku telah memilih untuk menggunakan teknik imaginasi. Ini kerana kita boleh mengawal minda kita, bukanlah minda yang mengawal kita. Caranya mudah sahaja, iaitu dengan hanya mereka sebuah imaginasi untuk membuat kita benci dengan si dia. Sepertinya aku berjaya, tapi hanya untuk sehari dan tidak mencecah 24 jam. Rupanya baru aku sedar, aku Berjaya membencinya kerana aku rindu pada si dia.

Aku juga sedar, mengapa aku melakukan perkara bodoh seperti itu, bukan bodoh kerana melakukan cara itu, tetapi bodoh kerana menyayangi si dia. Abang fazley sering berpesan kepada aku, orang yang bijak tidak akan menangisi sesuatu yang bukan milik kita, dan akan bergembira dengan apa yang dimiliki. Nampaknya aku memang tidak tergolong dalam golongan orang yang bijak, kerana aku sering menangisi sesuatu yang bukan milik aku dan tidak gembira dengan apa yang aku miliki. Mengapa aku menyayangi si dia, dan membuat aku menjadi seseorang yang kurang bijak. Namun aku belum mendapat kekuatan untuk melupakannya. Aku berasa terlalu lemah, kerdil dan tidak berdaya untuk melakukan itu. Sampai waktu mungkin aku akan mendapat kekuatan itu. Tetapi buat masa ini aku berharap mendapat kekuatan untuk terus mempertahankan kasih sayangku padanya. Andainya aku bias mencari kekuatan itu, atau andai aku bisa memetiknya, walau di bintang akan ku pergi mencari kekuatan itu. Namun, kekuatan itu tidak mungkin aku gapai dengan tangan, tidak mungkin aku meminta. Ia akan hadir dengan izin tuhan. Bagaimana Tuhan mengurniakan kita kekuatan itu? Ia akan hadir dengan dugaan yang lebih hebat untuk kita memperolehi kekuatan itu. Kekuatan tidak datang bergolek, mahu pun melayang.

Andai si dia bisa menjengah ke ruang ini. Sekali lagi aku ingin memohon ampun dan maaf, kerana kesalahanku. Aku tahu aku tidak layak, aku tahu aku tidak mungkin bersamamu kerana aku dan dia jauh berbeza, punya ruang seluas tujuh lautan antara aku dan dia. Apabila aku peroleh kekuatan itu, aku akan melupakanmu. Namun aku pasti dia tidak akan menjengah ke sini, oleh sebab itu aku semakin berani menyatakan, biarpun menyayangi dirimu umpama meletakkan deduri bisa di hatiku, namun kau masih di hatiku, buat detik ini.

CINTA DALAM HATI-UNGU
mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa dicintai
tak mengapa bagiku
asal kaupun bahagia dalam hidupmu
dalam hidupmu...

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku
mencintaimu pun adalah bahagia untukku
bahagia untukku...

kuingin kau tahu diriku disini menanti dirimu
meski kutunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

kuingin kau tahu diriku disini menanti dirimu
meski kutunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

Tercipta Untukku
Artist: Ungu
Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu


No comments:

HiDup HaNyA SeKali!