Orang lain sibuk study Asso aku sibuk plak menulis ni. aku tulis 2 jam je ni.. so jgn expect lelebih k.. aku bukan pernah pon buat keje2 gini ni.. time2 exam ni la sibuk nak dtg idea...
Jam 8 malam hari ini Farah bakal menjemput abangnya yang akan pulang setelah tamat pengajian di New Zealand. Pakaian paling cantik dan kemas telah dipilih sejak semalam, supaya kelihatan indah di mata abangnya Faizal yang sudah 5 tahun tidak bertemu. Setelah bersiap, dengan pantas Farah mencapai kunci kereta dan sejurus itu Proton Waja peninggalan arwah ibu mereka meluncur laju di lebuhraya. setelah hampir satu jam menunggu, kelihatan kelibat Faizal yang melambai-lambai ke arah Farah yang telah duduk di suatu ceruk lapangan terbang itu. Cerah kembali mata Farah tatkala melihat satu susuk tubuh yang tidak banyak berubah sejak kali terakhir mereka bersua 5 tahun dulu. Dengan tidak menghiraukan sekeliling Farah terus mengucup tangan Faizal seolah-olah tiada lagi hari esok buat mereka. Tanpa Farah si manis kecil molek itu sedari, ada sepasang mata yang dari tadi memerhatikan gerak tingkah dan kelakuannya. Pandangan Farah hanya tertumpu kepada Faizal yang sekian lama dirindui sehinggalah terdengar satu suara memanggil nama abangnya. Faizal juga hampir terlupa dengan sahabat yang pulang bersama dengannya itu, Ehsan dari tadi terkebil-kebil memerhatikan dua beradik itu.
"Ini Ehsan, kawan abang sama-sama belajar di sana" Faizal memperkenalkan Ehsan kepada Farah. Ehsan menyapa salam perkenalannya dengan Farah, namun hanya disambut dengan senyuman manis Farah.
"Ehsan akan tumpang di rumah kita dulu malam ni, esok baru dia balik ke kampung" bicara Faizal kepada adiknya. Farah hanya mengangguk dan meluru mengheret bagasi abangnya ke kereta. Sepanjang perjalanan dari lapangan terbang ke rumah mulut Farah tak henti-henti bercerita pada abangnya tentang semua perkara yang berlaku sepanjang ketiadaan Faizal, bayangkan cerita lima tahun semuanya nak diceritakan. Faizal hanya melayan kerenah adiknya itu dan Ehsan di belakang hanya tersenyum melihat keletah Farah yang sememangnya sedang teruja untuk bercerita.
Setibanya dirumah hidangan masakan kegemaran Faizal sudah tersedia di atas meja. Asam pedas ikan pari Farah yang paling dirindui kerana ia persis masakan arwah ibu yang hampir 15 tahun meninggalkan mereka berdua. Farah masih tidak henti-henti bercerita dengan abangnya, dari semasa makan malam hinggalah lewat malam. Ehsan yang keletihan sudah tidak dapat menahan rasa mengantuk tersengguk-sengguk di depan televisyen, manakala Faizal dan Farah masih rancak berbual di ruang tamu. Farah menjeling ke arah Ehsan yang sudah lena di sofa.
"Tu, kawan abang tu dah tangkap lentok depan tv tu, suruh lah dia masuk bilik" sejurus itu Faizal mengejutkan Ehsan dan menyuruhnya masuk ke bilik. Keesokan harinya, selepas sahaja selesai solat subuh Faizal menghantar Ehsan ke perhentian bas, kerana Ehsan sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung bertemu kedua orang tuanya.
Faizal kemudian membantu Farah menguruskan syarikat orang tua mereka. Disitu barulah Faizal bertemu ayah yang juga sudah lama dirindui. Ayah mereka tidak lagi pulang ke rumah arwah ibu sejak dia sudah punya keluarga baru sepuluh tahun lalu. Mereka anak-beranak hanya berjumpa di pejabat, namun begitu tanggungjawab sebagai ayah terhadap anak-anaknya itu tidak diabaikan, cuma mereka menjadi kurang rapat sejak daripada itu.
[ 2 tahun kemudian]
“Adik, ada orang nak jumpa adik, nak bincang pasal bisnes katanya” Faizal memberitahu Farah dalam talian telefon dan tanpa sebarang persoalan Farah bergegas pulang ke pejabat. Seorang lelaki yang seperti dikenalinya sedang menunggu di bilik tamu. “Assalamualaikum Farah, masih ingat saya?” soal Ehsan yang masih seperti dulu.
“Awak ni kawan abang yang sama-sama belajar di New Zealand dulu kan?” Farah menyoal kembali. Ehsan mengiyakan soalan itu dan memperkenalkan dirinya sebagai Pengurus Besar sebuah syarikat konglomerat terkenal. Mereka kemudian duduk membincangkan urusan perniagaan yang telah membawa Ehsan ke situ. Hari demi hari hubungan mereka bukan lagi sekadar rakan perniagaan. Ehsan sudah mula jatuh hati pada Farah tetapi seperti ada sesuatu yang menghalang Farah dari membalasnya. Puas Ehsan cuba mencungkil isi hati Farah yang kini telah menjadi rakan baiknya itu, namun semuanya gagal. Ehsan cuba merisik-risik Farah dari abangnya Faizal, namun faizal juga tidak mengetahui apa yang terpendam di hati Farah sehingga dia tidak dapat menerima Ehsan.
Faizal yakin dengan pilihannya dan bertekad untuk menghantar rombongan meminang untuk menyunting Farah menjadi suri hatinya. Tapi sebelum itu Faizal berhasrat melamar Farah dan memberitahu hasratnya itu kepada Farah. Dengan persediaan serba ringkas, Faizal mengaturkan makan malam untuknya, Farah dan Faizal. Ini kerana Farah tak mungkin hadir jika tidak ditemani Faizal. Selesai sahaja makan malam, tanpa melengahkan masa Ehsan menyatakan hasrat hatinya untuk memperisterikan Farah dan menghulurkan sebentuk cincin sebagai tanda. Faizal tidak sabar-sabar menanti keputusan adiknya itu, manakala Farah diam seribu bahasa dengan memnunjukkan bahasa tubuh yang negative terhadap lamaran itu. Jauh disudut hati Farah dia tidak sanggup dan tidak tahu bagaimana mahu menolah lamaran Ehsan, sedangkan hatinya telah diserahkan kepada insan lain yang masih belum pasti.
Lama mereka terdiam, Faizal dan Ehsan hanya menanti buah bicara yang bakal dilontarkan oleh Farah yang dari tadi membisu. Akhirnya Farah bersuara “saya tak tahu, saya takut saya tak mampu”.
“Boleh abang tahu kenapa adik?” Tanya Faizal dengan lembut dan Ehsan hanya diam membisu membiarkan Faizal menguruskan persoalan itu.
“Hati adik masih ada Ilham” bicara Farah penuh sopan pada abangnya. Faizal sejurus terdiam dan Ehsan masih tidak faham apa yang berlaku.
Ilham adalah lelaki yang Farah kenali semasa pengajiannya di universiti dahulu. Farah sangat menyayangi Ilham dan tidak pernah membuka hatinya untuk lelaki lain. Hanya Farah yang tahu dimana Ilham sekarang dan dia terus menanti biarpun Ilham tidak pernah memberikan sebarang jawapan kepada penantiannya saban tahun.
“Tapi itu hal lama dik, buat apa tunggu buah tak gugur? adik nak tunggu sampai bila? Sampai buah tu jatuh bila dah busuk? ” Faizal sedikit berkeras dengan adiknya.
“Walaupun Ilham tak pernah terima adik, dia tak pernah menolak dan mengecewakan adik!” Farah lebih bertegas dengan pendiriannya.
“Adik masih tunggu dia, selagi Ilham tak suruh adik pergi, selagi dia tak menolak adik, adik akan tunggu dia!” air mata mula bercucuran di pipi mulus Farah. Faizal mula rasa bersalah membuat adiknya menangis. Ehsan cuba untuk tidak mencampuri perkara tersebut, namun menyedari hal ini berpunca darinya, Ehsan cuba menenangkan Faizal dan cuba menamatkan perbincangan itu.
Sehingga lewat malam itu Ehsan masih belum mampu menutup matanya memikirkan Farah dan Ilham. Sesuatu yang mencabar naluri kelelakiannya apabila tidak mampu mendapatkan hati Farah. Manakala Farah dirumahnya juga tidak dapat melelapkan mata memikirkan perbuatannya yang sudah menjatuhkan maruah dan melukakan hati Ehsan. Dia tahu Ehsan ikhlas menyayanginya dan Ehsan tidak bersalah langsung kerana menaruh hati padanya. Mungkin salah Farah kerana tidak mengelak dari member harapan kepada Ehsan dan menerangkan hal sebenarnya dari awal. Namun bagi Farah kasih sayang itu hak semua orang dan dia tidak mampu menghalangnya.
Kenangan-kenangan manis Farah dan Ehsan suatu masa dahulu sangat pahit untuk ditelan. Air mata Farah tidak terhenti malam itu. Farah kembali menyusuri nukilan-nukilan di laman blog rahsianya, semuanya coretan kisah dia dan Ilham suatu masa dulu. Dari sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecil peristiwa antara dia dan Ilham dicoretkan di disitu. Diselaknya pula gambar-gambar bersama Ilham yang disimpan tanpa pengetahuan Ilham. Kerinduan pada Ilham tiba-tiba datang, sudah lama Farah tidak menghubungi Ilham, sekadar melihat aktiviti-aktiviti Ilham di laman facebook setiap hari namun Farah tiada kekuatan menyapa Ilham. Ilham juga sama, sudah lama diam membisu dan membiarkan penantian Farah tanpa jawapan. Pesanan-pesanan ringkas kiriman Ilham bertahun lalu masih disimpan dan dibaca satu persatu.
“Saya belum bersedia untuk terima awak, mungkin suatu hari nanti akan tiba waktunya”
“Awak jangan lah tunggu saya, ramai lagi lelaki yang lebih baik dari saya di luar sana”
Hati Farah meronta-ronta mencari jawapan, adakah Ilham menolak kasih sayangnya atau dia benar-benar belum sedia. Farah tidak pernah mempersoalkan mengapa Ilham belum menerimanya hingga kini, Farah tidak pernah memaksa Ilham menerimanya mahupun mendesak Ilham untuk menjelaskan keputusan Ilham. Farah bertekad menunggu Ilham selagi Ilham tidak menolaknya. Farah tidak mahu membaca setiap tindakan Ilham padanya kerana Farah tidak mahu kecewa mahupun berharap apa-apa dari Ilham. Farah membiarkan masa dan takdir menentukan hubungan mereka, kerana Farah yakin dengan pilihannya dan janji Allah yang tidak akan memungkirinya.
Biarpun Farah hanya menyerahkan segalanya kepada Allah, namun dia tidak mampu menerima Ehsan kerana dia tidak mahu menipu Ehsan dan dirinya sendiri. Farah tahu jika dia menerima Ehsan sekalipun, ianya atas dasar belas kasihan dan bukan kasih sayang yang menjadi tunjang sebuah rumah tangga. Dialla tidak mahu menjadi milik Ehsan sedangkan hatinya masih pada Ilham dan hidup dalam kepura-puraan sepanjang hayatnya. Farah tahu dia boleh cuba menyayangi Ehsan sebagai suami setelah berkahwin tetapi dia tidak tahu sama ada dia mampu melupakan Ilham. Kerana Ilham satu-satunya lelaki yang telah meragut hatinya tanpa meninggalkan sedikit pun sisa ruang untuk Farah menerima insan lain.
Keesokan harinya Farah tidak ke pejabat kerana sakit kepala akibat tidak tidur semalaman. Faizal terus ke pejabat Ehsan pagi itu.
“Kite kena cari Ilham dan dapatkan kepastian dari dia, aku tak nak adik aku asyik menunggu dia, sampai bila?” Faizal kelihatan serabut dan mengharapkan sokongan dari Ehsan.
“Aku rasa baik kita serahkan pada Farah untuk selesaikan hal ini, kita jangan masuk campur, ini kan hal dia dengan..... siapa nama mamat tu?” Ehsan cuba mengingat nama itu.
“ILHAM..!!” tegas Faizal.
“Kalau tunggu dia, sampai bila-bila pun tak akan selesai, hal ni dah berlarutan bertahun-tahun Ehsan!” Faizal tetap dengan keputusannya.
Hari itu juga Faizal menjejaki Ilham dan Berjaya menghubungi tempat kerja Ilham. Ilham merupakan seorang peguam disebuah firma guaman terkemuka di ibu kota. Faizal menetapkan janji temu dengan Ilham untuk mereka bersemuka dan menyelesaikan masalah itu. Ilham yang tidak memahami apa yang berlaku hanya bersetuju dengan permintaan Faizal.
Akhirnya Ilham, Faizal dan Ehsan bertentang mata pada hari yang dijanjikan untuk menyelesaikan masalah itu tanpa pengetahuan Farah. Ilham yang kelihatan masih kabur dengan hajat Faizal dan Ehsan meminta penjelasan dari mereka berdua. Dengan penuh sopan Faiza menerangkan perkara tersebut kepada Ilham. Ilham masih sukar menerima berita itu dan masih dalam seribu persoalan tentang dia dan Farah..........................................BERSAMBUNG...............................................
*Dah penat dah otak ni... orang stay up nak study gatal gi menulis plak.. lenkali je den sambung citer ni... anyway lau korang ade idea nak tokok tambah sila la gitau.. sbb aku pon xtau pe la si Ilham ni nak buat seterusnya kan... seriously sangat blur ngan si ilham ni.. =P
No comments:
Post a Comment