lagu ini adalah ilham dari kisah kehidupan salah seorang saudara kita. Saudara Malek Nor jika ada yg masih mengenali beliau. beliau telah menerima Hidayah dari yg Maha Kuasa (bkn hidayah yazid atau hidayah hamdan).. ni betul2 petunjuk dari Allah.. akhirnya beliau mendapat hidayah selepas lebih 34 tahun beliau meninggalkan suruhan Allah... tiang agama solat yg 5.. semoga hidup beliau dirahmati..
Ku lihat bulan itu
Ku lihat bintang itu
ada sinar
ada khabar
Mengapa malam ini
Ku rasa berlainan
Apa makna
Dan petanda
Ku di dalam gerhana …..
Secara tiba-tiba
Suatu malam indah
Aku jadi
Resah gundah
Rupanya Tuhan telah
Menghantar simpati-Nya
Kepadaku
Hamba hina
Dan tanpa aku sedar tubuh dihembus angin bersuara
Keluh kesah…jadi serba tingkah
Aku bingkas capai sejadahku
Mencari pengampunan Tuhan
Maka hati pun bersujud
Begini
Rupanya
Insafku
Ku tutup kamus lama
Ku Tinggal musim luka
Puja puji
Duniawi
Syukurlah Tuhan datang
Memanggil jiwa ini
Bahagia
Bersamanya-Nya
Lagu: HAFIZ HAMIDUN
Lirik: FEDTRI YAHYA
Lirik: FEDTRI YAHYA
No comments:
Post a Comment