Sunday, October 24, 2010

Bapaku yg Glamour.. hakhakhak


ARKIB : 04/09/2010

28 laluan bahaya dikawal


Azli Mat Noor memasang pelekat kenderaan keselamatan Jalan raya pada sebuah kereta sambil diperhatikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Kelantan, Azli Sham (dua dari kiri) di hadapan Balai polis Kubang Kerian, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 3 Sept. – Seramai 400 anggota polis termasuk dari unit trafik dan peronda akan bertugas selama 24 jam bagi mengawal 28 jalan di negeri ini yang diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi berlaku kemalangan.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Supritendan Azli Mat Noor berkata, anggota terbabit mula bertugas hari ini sehingga 17 September iaitu sepanjang tempoh Ops Sikap Ke-22 diadakan.

Beliau berkata, kawalan lalu lintas akan dibuat sepanjang masa di jalan-jalan berkenaan bagi memastikan tidak ada pemandu melanggar

peraturan seperti memotong barisan yang menjadi salah satu punca kesesakan teruk.

“Kita telah mengenal pasti 28 laluan bahaya di seluruh negeri antaranya satu di Gua Musang, Kuala Krai (5), Machang (4) serta beberapa lagi jalan di Pasir Puteh, Tumpat dan Tanah Merah.

“Polis menjangkakan jumlah kenderaan yang menggunakan laluan itu tahun ini akan meningkat lebih banyak berbanding tahun lalu,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan kempen Ops Sikap Ke-22 di Kilometer 5, Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh di sini hari ini.

Sempena pelancaran tersebut, anggota polis turut bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan badan kebajikan, Lions Club menyerahkan 40 topi keledar percuma kepada penunggang motosikal.

Menurut Azli, sebanyak 25 kemalangan membabitkan 28 kematian direkodkan dalam Ops Sikap Ke-21 tahun lalu di negeri ini, kebanyakannya melibatkan penunggang motosikal.

Justeru, beliau menyeru pengguna jalan raya agar menaruh kepercayaan dan memberi kerjasama kepada anggota polis yang bertugas.

Tambahnya, selain membuat kawalan, pihak polis juga bersedia memberikan apa juga bentuk bantuan kepada pengguna yang menghadapi masalah sepanjang perjalanan.

“Rekod lampau mendapati banyak kematian yang berlaku akibat kemalangan adalah di kalangan penunggang motosikal terutama di kawasan bandar atau pekan,” katanya.

No comments:

HiDup HaNyA SeKali!