assalamualaikum.................
mommy menyuruh anak2nya menulis karangan tentang percutian kami ke kampung halaman di Pulau Pinang. adakah aku terlibat? yeah ofkos.. huhuh.. t i submit ye mak.....
pada 22 hb disember 2009 daddy menghubungiku supaya pulang ke Kota bharu kerana daddy sudah mendapat cuti dan kami akan pulang ke kampung di pulau pinang keesokan harinya. dengan bersusah payah dan sepantas kilat aku mengayuh basikal untuk membeli tiket bas. nasib baik masih ada tiket bas mutiara pada jam 1 ptg. setelah itu dengan pantas aku menuju ke bank untuk memasukkan wang kepada nadia untuk membayar sewa rumah. kemudian sepantas kilat lagi pulang ke rumah, mengemas barang, makan tengah hari dan pergi ke hentian bas ekspress. bas ekspress tersebut lewat selama 30 minit. hampir separuh daripada bas itu merupakan kanak2 dibawah sepuluh tahun. bayangkanlah betapa bising dan tensyennya aku. sepantas kilat menyumbat telinga dengan walkman kesayanganku. tenang. hampir jam tujuh petang aku tiba di kota bharu. kemudian daddy dan adik2 datang menjemputku. kami menuju ke kedai makan untuk membeli makanan kerana seperti biasa mommy tidak memasak. kemudian selepas makan mommy memeriksa dan menapis pakaian2 yang ingin dibawa adik2ku supaya tiada yang terkurang ataupun buruk. ada juga pakaian mereka yang di 'reject'. malam itu aku tidak mengantuk, mungkin kerana sudah banyak tidur di dalam bas. aku ingin menonton tv, tetapi kelihatan daddy sedang menonton rancangan 'wrestling', maka aku pun turut serta. hampir jam 12 malam aku pun tidur.
pagi 23 disember, aku terlewat bangun, pukul 6.30 aku baru tersedar setelah terdengar bunyi2 bising yang dibuat oleh adik2ku. setelah bersiap aku turun ke bawah, kata daddy mahu bertolak awal. aku terkejut melihat mommy yang masih belum bersiap dan sibuk menyediakan makanan. aku fikir mommy tidak ikut. tanpa bertanya aku terus makan dan memasukkan makanan ke dalam bekas untuk dibawa bekal. setelah siap makan mommy pun bersiap. rupanya mommy ikut, maka kami perlulah menunggu beliau. sementara itu daddy menyiram pokok bunga kesayangannya. kami memulakan perjalanan pada jam 9 pagi. tak sampai 1km, adik2ku telah membuka bekalan makanan mereka dan makan. "yati da makan, lapar sangat ke?" kata aiman lalu mencapaibekal makanannya dan turut makan. sampai di grik kami singgah makan di kedai mamak, karim kari kepala ikan, sedap. kami meneruskan perjalanan ke kampung. pening dengan keadaan lebuhraya yang bengkang bengkok, mommy tidur kerana kepalanya sudah pening. kami tiba di Balik Pulau (rumah Paklong) lebih kurang jam 2 petang, adik2 ku keliru dengan memanggil paklong kami wan, kesian. petang itu kami tidak ke mana-mana kerana semua ibu bapa saudara serta sepupuku datang. kami minum petang bersama dengan cucuq yang dibawa oleh makngah. malamnya sepupuku yang tinggal di bertam pulang untuk menemuiku. seronoknya rasa dihati melihat anak2 buah yang telah sekian lama ditinggalkan, malahan aku belum lagi melihat anak kecilnya mohd zafran yang sudah berusia 3 tahun. di sana daddy dah jadi wan su, mommy pulak toksu (kasihan)...
hari kedua, kami ke pasar balik pulau untuk membeli barang. setelah ku lihat, ku tilik2, sepertiku kenal peniaga itu. rupa-rupanya abang fizan, suami kepada sepupuku. dia kini berniaga barang2 kering dan tak berapa basah di pasar itu. dahulu beliau bekerja di kilang, tetapi kerana tidak tahan dengan bahan2 kimia hingga menjejaskan kesihtan diri dan anak2, abang fizan memilih berniaga dipasar, pendapatan agak memberansangkan hehe. setelah pulang kerumah, kami bersiap untuk memasak makanan tengah hari. tiba2 kanak2 itu mahu pergi mandi sungai, maka daddy, mommy, paklong dan adik2 pergi ke sungai tepi serong tempat dimana daddy boleh ditemui jika pulang lewat dari sekolah. aku tidak pergi kerana mahu menolong maklong dan kak wani di dapur. di sebelah petang kami sekeluarga ke akuarium, tetapi malangnya akuarium itu ditutup untuk pengubahsuaian. kami hanya berpeluang melihat ikan2 dan penyu serta buaya. malamnya semua ahli keluarga sekali lagi berkumpul, maklong masak mee kari.
hari ketiga disana, pagi lagi kami sekeluarga beserta pak anjang dan anaknya ke kampung pulau betung (tiada kena mengena dengan cucu betung). adikku mardiah, hidayati dan naemah memancing ikan di samping bantuan pak anjang. yang lain2 mandi pantai kecuali aku dan mommy. mereka dapat 9 ekor ikan (termasuk 2 ikan buntal), umang2 pun ditangkap oleh aiman dan tidak dilupakan seekor 'starfish'. ikan2 tersebut telah digoreng celup tepung. ada yang makan, ada juga yang tidak makan kerana berasa kasihan. selepas solat jumaat kami ke rumah pak anjang untuk makan tengahari, sedap ma anjang dan chef asraf masak. pulang dari rumah pak anjang aku dan sepupuku kak amy ke jeti feri untuk menjemput abang yang telah selesai kerja di pesta sungai nibong. malam itu daddy, mommy dan adik2 ke pasar malam. aku tinggal dirumah dan menjaga ilyani yang tidur sejak petang. mommy membeli jeans di pasar malam namun tidak muat, ditambah pula kena bebel oleh daddy yang telah melarangnya membeli seluar terbabit. malam itu aku, naemah dan kak amy bergelak ketawa di dalam bilik sehingga lewat malam sampai tak cukup nafas, akhirnya naemah tidur bersama kami.
hari keempat di pulau pinang, kami ke taman burung, dengan bayaran yang amat gempak kami berpuas hati dengan persembahan taman burung tersebut, dan adik2 aku berjaya la menjawab soalan 2kuiz burung yang diajukan daddy. setelah penat, kami ke kepala batas untuk makan nasi ikan bakar, udang bakar, sotong bakar dan lain2 yang terbakar ditambah dengan jus buah pala yang umph. makan tengah hari di keda din ikan bakar itu ditaja oleh kak muzlini, sepupuku juga seorang pengarah sebuah syarikat. kaya, kaya, kaya. kemudian kami ke kondo milik kak muzlini kerana adik2ku ingin mandi di kolam renang di kondo beliau (hari2 nak berenang). setelah itu kami pulang ke rumah mak long. malam itu mak lang pula mengajak kami makan di azlan tomyam (dekat je ngan rumah). banyak mak lang tempah makanan, siap buat balik sebab dah tak larat nak habiskan.
hari kelima, pagi itu daddy, mommy dan adik2 sekali lagi ke sungai untuk mandi (x abes2 nk berenaang)., namun air sungai itu hanya paras lutut bersesuaian dengan kanak2 itu. tengah hari itu kami menjamu selera di rumah makngah. anaknya kak muzlini serta lain2 memasak nasi beriani. sedap. kaw kaw punya kena kutuk ngan bapak aku sampai menangis, jadi tak dapat la menikmati nasi beriani tersebut. setelah itu aku dan kak amy meghantar abang ke perhentian bus sungai nibong untuk dia pulang ke KL. setelah abang menaiki bas, aku dan kak amyke Queensbay Mall, tempat shopping kegemaran mommy. Aku shopping sakan la, beli jeans dekat ladylike yang berharga sama macam mommy beli di pasar malam hari itu. membeli belah di padini sambli di belanja ileh kak amy.sebelum pulang pak long menghubungi kami dan memberi amaran kepada kami supaya tidak memberitahu yang kami ke queensbay. setelah pulang kami tidak membawa masuk barang2 yang kami beli tadi dan membuat drama bahawa kami tidak ke Queensbay mall. kemudian mommy mengajak kami ke pasar malam untuk membeli tudung express yang berharga RM5. setibanya di sana mommy hanya beli 2 helai. aku pula yang beli sampai 4. pulang ke rumah kak amy pula membuat char kuey teow special. sedap. sementara itu kami menanti masa yang sesuai untuk membawa masuk barang2 yang kami beli. daddy sibuk bercerita kenangannya sewaktu kanak2. sambil membantu kami memasukkan barang secara sembunyi dengan mengalihkan perhatian mommy ke tempat lain. sewaktu kami semua seronok berbual terdengar suara hidayati seolah menjerit "ada lagi satu!!" berulang kali. beliau telah pun membuka pintu depan, nasib baiklah pintu grill telah dikunci. agak lama dia mengigau, aku pula yang seriau sehinggalah daddy menidurkannya kembali. tak sampai satu jam aiman pula yang bangun terpinga2 mencari mainan yang dibeli di pasar malam tadi. selama beberapa minit juga dia seolah2 mamai, kehulu hilir berjalan tanpa arah dan menyambung tidurnya kembali.
hari terakhir di pulau pinang, semua ahli keluarga berkumpul. jam sembilan pagi kami bertolak pulang ke kelantan. kutipan kali ini agak memuaskan. mommy berasa agak pelik kerana layanan ahli kelurga disana kali ini seperti lebih istimewa berbanding sebelum ini mereka pulang tanpa aku. mestilah sebab aku, saham adik2ku agak menurun dan saham kakakknya yang comel ini meningkat naik. setibanya sahaja di kelantan kami terus ke kedai haiwan kerana mereka ingin mengambil kucing kesayangan mereka si belang.
hari berikutnya di kelantan, kami melawat semua muzium di kelantan (x masal), muzium diraja, muzium kraftanga, muzium adat istiadat, muzium islam, muzium perang dan muzium negeri. di sebelah petang kami ke parkson, adik2 membeli mainan. kakaknya x beli apa2. hari terakhir jam 3 petang aku ingin menaiki bas untuk pulang ke dungun, adik-adik ku tidak membenarkan aku pulang. bas pula tiba lewat hampir 2 jam. daddy yang bengang mengaahkan orang mencari dimana bas itu berada dan hampir sahaja memanggil jabatan narkotik untuk membuat ujian dadah kepada pemandu bas tersebut, namun dia menubah fikiran(alhamdulillah).
Naemah said: saya tak menangis la, mata masuk habuk....................... berapa lama lagi mata saya nak masuk habuk ni??
Yati: kak fatin takde mesti bosan, nanti saya nak main dengan siapa?
hampir juga nak hujan aku dibuatnya, namun sabar je la... tahan beb maintain cun...
sekarang mommy da boleh masak da. hari2 dia masak kat rumah. tidak la sesedap mana, namun masih boleh ditelan dan aku makan dengan berselera untuk mengambil hati beliau.. semoga beliau masak lebih enak di lain waktu. cuma anak2nya sahaja yang terlalu jujur menyatakan ketidak enakan masakan ibu mereka.
akak
besok sudah mahu pulang ke shah alam.... what a great holiday.
dialog best otw ke penang:-
Mardiah: daddy kat penang ade zoo tak
daddy: zoo apenya?
Mardiah: yati kata ada zoo melaka! (ngan muka innocent)
daddy: dah namanya pun melaka?!!!!
yati: eh! saya kata zoo melaka dkat johor la (dengan muka yg lebih innocent) :-P
No comments:
Post a Comment