Sunday, May 24, 2009

What???


“Ustaz, saya nak tanya soalan” kata seorang wanita berpangkat kakak.

Wajahnya kelihatan sugul.

“Boleh, silakan,” saya tersenyum.

Lama beliau berbaris menunggu peluang untuk bertanya soalan. Pemandangan biasa yang menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan saya tatkala menyampaikan ceramah di sana sini. Saya faham, biar pun saya tidak pernah jemu membuka ruang-ruang soalan di sepanjang sesi, sudah menjadi kebiasaan ramai hadirin yang memilih untuk berjumpa secara peribadi selepas kuliah berakhir.

“Saya nak minta bacaan doa” katanya.

“Doa untuk apa tu, kak?” saya cuba mendapatkan penjelasan.

“Doa penyembuh sakit” balasnya.

“Oh… boleh saya tahu, yang sakit tu akak atau siapa?” saya bertanya lagi.

Beliau terdiam.

Tunduk.

Air matanya mula keluar.

Risau saya melihatkan keadaan dirinya.

“Kucing saya, ustaz!!!” beliau terus menangis. Air matanya berhamburan.

Allah sahaja yang tahu betapa terkejutnya saya. Permintaan doa untuk menyembuhkan kucing yang sakit? Habis mengaji di Jordan, belum pernah lagi saya bertemu dengan doa yang khusus untuk menyembuhkan kucing yang sakit! Ada sekelumit rasa geli hati, tetapi saya pendamkan. Takut-takut tersinggung hati kakak yang bertanya itu. Mana tahu, memang dirinya amat rapat dengan kucing yang dibela itu.

Kita juga perlu sentiasa berbaik sangka. Jangan diremehkan apa sahaja dalam hidup ini.

“Kucing akak sakit apa?” saya menenangkan diri, mengawal air muka tanpa sebarang judgement.

“Sakit AIDS!” jawabnya.

Inna Lilaah wa Inna Ilayhi Raaji’un…

Macam-macam Allah menduga saya sebagai pendakwah.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

No comments:

HiDup HaNyA SeKali!