Thursday, May 14, 2009

KiTaB CinTa YusOf & ZuLaikhA...


novel yang hebat... bagi aku.. selalunya aku akan 'terbeli novel yang sedikit sebanyak berkaitan dengan diri aku pada waktu itu. macam novel ini juga. sangat jauh ingin membandingkan watak yusof dan zulaikha dengan aku dan sidia. namun situasinya agak sama. watak-watak mereka terlalu sempurna untuk dibandingkan. sedikit petikan dari novel ini ku persembahkan.. kalau rasa bagus. boleh beli sendiri ya.

"dalam kerinduan dan penghambaan diri kepada Tuhan, cinta bukanlah sesuatu yang aneh, hina dan rendah kedudukannya. cinta adalah sesuatu yang suci.Tidak ada yang salah dalam cinta lelaki kepada seorang perempuan dan tidak ada yang salah dalam cinta seorang perempuan kepada lelaki. Namun, dalam kerinduan dan penghambaan diri kepada Tuhan, cinta telah memilih jalannya sendiri."

"memang cinta biasanya membelenggu jiwa, keindahannya pasti membuatkan manusia leka dan lena. tapi, cinta adalah perasaan  dan perasaan itu adalah fitrah.Kau tidak dapat lari dari cinta, mungkin hari ini kau menolaknya, esok lusa kau akan mengejarnya."

"Ya Allah Engkau beri cubaan dan ujian yang berat seperti ini kepada hambamu yang lemah ini Ya Allah, aku tahu Engkau tidak akan memberikan ujian melebihi kemampuan hamba-hambaMu. berikanlah sedikit cahaya yang dapat menerangi langkah dan membuat keputusan yang sebaik-baiknya. Ya Allah, peliharalah hatiku daripada hawa nafsu, selamatkanlah hatiku dari bencana cinta ini Ya Allah."

Surat Yusuf buat Zulaikha.

Zulaikha, aku tidak berniat untuk menolak cintamu, namun jujur kukatakan bahawa aku berdoa kepada Allah agar engkau ditemukan dengan pemuda yang benar-benar layak mencintaimu. aku hanya ingin engkau tidak dibakar oleh emosi ketika engkau mencintaiku.

aku hanya bisa berkata, jika engkau mencintaiku, marilah kita serahkan kepada takdir. Jika Allah telah menentukan kita bersatu, maka kita tidak bisa lari darinya. dan jika Allah mentakdirkan kita tidak bersatu, kita harus menerima takdir itu dengan redha dan ikhlas.

**tujuannya adalah supay tidak terlalu memberi harapan kepda Zulaikha namun tidak mahu melukai hati Zulaikha. tidak menerima, bahkan tidak menolak. bak kata Yusuf, kamu boleh berharap, berharaplah pada Yang Mengabulkan Doa dan Harapan.

** surat itulah yang aku katakan sama seperti situasiku. hampir sama tapi tidaklah melaui surat di zaman serba moden ini. hanya melalui SMS. huhuhu

No comments:

HiDup HaNyA SeKali!