Saturday, March 21, 2009

cinta suci..

Lily seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang ank lelaki hasil perkahwinan beliau yang terdahulu dengan seorang guru. dugaan memegang title 'mak jan' sgt pedih buat ibu ini. beliau didatangi beberapa lelaki yang ingin memperisterikannya, namun hatinya tetap teguh kepada anaknya. pernah suatu ketika beliau 'dituju' oleh seorang lelaki dari Malaysia timur semata-mata kerana cintanya tidak berbalas. dipendekkan cerita suatu hari beliau dilarikan oleh orang yang tidak dikenali, beliau tekad membuka pintu kereta dan terjun dari kereta tersebut. oleh sebab jeans yang beliau pakai agak berkualiti, beliau hanya mengalami kecederaan ringan setelah keluar dari kereta tersebut dan bergolek-golek di jalan raya. setelah membuat laporan polis, dan beliau telah dilindungi oleh soerang pegawai polis wanita. pada waktu yang sama mata beliau tidak dapat melihat akibat 'tuju' yang dilakukan oleh lelaki tadi. dipercayai lelaki itu juga yang menyruh orang menculik lily. pada masa dia masih dilindungi itu. dia dapat merasakan penculik2 itu td mahu menangkapnya dirumah perlindungan itu. saat dia tinggal berseorangan lily cuba melarikan diri, entah macam mana beliau berjaya menyelinap masuk ke sebuah rumah seorang pegawai polis, ali. ali pulang kerumah dan terkejut ler jugak sebab tetibe je ada perempuan di rumah beliau. paling pelik ali sudah kunci pintu sebelum dia keluar bekerja. bagaimana lily boleh masuk ke rumahnya. kuasa Allah. dari pertemuan itu lahirlah bibit-bibit cinta antara mereka dan berakhir ke jinjang pelamin. setelah melahirkan seorang anak perempuan, lily kembali kepada Yang Maha Pencipta.

cerite ni panjang sebenarnye, tapi malas nk cite+tak tahu sgt cite ni sbb aku blum lahir lg time ni. hehehe correct me if i'm wrong. tp bg org yg tau jela. yg xtau xyah pepandai..

No comments:

HiDup HaNyA SeKali!