Saturday, January 24, 2009

BUKTIKAN CINTA ANDA... BAGAIMANA???








1. TIDAK MEMINTA BALASAN
cinta kepada pasangan semestinya adalah pemberian yang tulus. cinta adalah ketulusan hati. untuk itu, tidak selayaknya menyelitkan balasan untuk keuntungan atau kesenangan sendiri. jangan selalu berharap di kala anda mencintai pasangan, anda akan mendapat perhatian yang sepenuhnya dengan pasangan tidak akan melakukan kesalahan. harapan ini hanya akan menyakiti hati anda sendiri. 'ingatlah mencintai seseorang bererti anda 'hanya' memberi, jadi jangan mengharapkan balasan. imbal balik dari pasangan akan datang sendirinya bila anda tulus mencintainya.

2.JANGAN MENUNTUT
jangan menuntut sesuatu yang tidak mungkin dapat diberikan. terlalu banyak menuntut selalunya mempunyai maksud untuk kepentingan peribadi. ia tidak mampu mematangkan perhubungan malah boleh menghancurkan jalinan kasih yang dibina.jadi, jangan banyak menuntut sebaliknya adalah yang harus belahar untuk selalu memberi yang terbaik kepada orang lain, termasuk kepada pasngan, melalui cinta anda.

3.JANGAN TAKUT DIKECEWAKAN
jangan takut dikecewakan dengan dugaan-dugaan dalam perhubungan. bila anda sudah mampu menghadapi situasi saperti ini, anda tetap akan setia terhadap cinta anda. cintailah yang akan membuatkan anda bersemangat untuk bangkit dari kekecewaan. kesetiaan terhadap cinta inilah yang akan terus menguatkan hubungan kasih anda.

4.JADILAH PENGHIBURNYA
tempatnya cinta adalah hati. bila hati sedang terluka, seseorang memerlukan hiburan.cinta adalah yang menggerakkan diri anda untuk menyenangkan hati pasangan. 

5.SYUKUR ATAS APA YANG TERJADI
setiap yang berlaku dalam hidup ini pastia ada hikmahnya. jangan mengeluh ataupun kecewa dengan sebarang konflik yang melanda.ucapkan syukur atas kurniaan-Nya kerana memberi pengalaman yang mewarnakan hubungan anda sekali gus memberi pengajaran dan kedewasaan.

"KiTa TidaK B0leH MenCintaI InsaN LaiN sebelUm MeNcInTai dIrI seNdiRi & KiTa tIdaK B0LeH MenCinTai DirI SeNdiRi sebeLum MeNciNtai ALLAH SWT"

"saling mencintailah hanya kerana Allah,
  saling menyayangilah hanya kerana Allah,
  saling membahagiakanlah hanya kerana Allah,
  Kerana hanya Allah lah yang dapat menimbulkan rasa cinta,
  kasih sayang dan kebahagiaan tersebut."

tidak salah untuk menyayangi insan lain yang juga makhluk Allah, tapi jangan jadi seperti aku. aku silap, aku lalai. aku mencintai dia lebih dari diriku.nauzubillah. aku sepatutnya meletakkan cinta Allah yg pertama, cinta pada diri sendiri dan barulah insan2 lain. jika anda juga begitu, hentikanlah...

HiDup HaNyA SeKali!