Di atas sebab2 keselamatan, nama asal watak dan jalan cerita telah diubah.. hikayat ini mengisahkan seorang gadis kampung yang hodoh(yaya) dan putera yang tamapan(yoyo), setelah lebih setahun mereka berkawan yaya telah jatuh hati kepada yoyo. Setelah berbulan-bulan lamanya si yaya menaruh hati kepada putera yoyo, yaya memohon petunjuk ilahi dan memohon kekuatan dari tuhan dan akhirnya yaya si gadis hodoh menyatakan rasa hatinya kepada putera yoyo. Putera yoyo ini bukan sahaja tampan, malah beliau sangat baik. Putera yoyo, tidak sama sekali membenci yaya, Cuma buat masa itu dia tidak bersedia untuk menerima cinta yaya. Sesungguhnya yaya tidak mengharapkan untuk putera yoyo menyayanginya, sekadar untuk memberitahu putera yoyo hasrat hatinya.
Tetapi setelah yaya memberitahu yoyo perkara tersebut, yaya menjadi takut dia semakin sukar melupakan yoyo. Yaya juga takut untuk memohon kepada tuhan supaya dia berhenti menyayangi yoyo. Kerana dia takut, suatu hari dia akan berhenti menyayangi yoyo. Bukan dia tidak pernah berdoa seperti itu bila dia menyintai seorang lelaki dan dia berhasil melupakan lelaki itu dengan izin Tuhan. Tetapi apabila berkaitan yoyo, dia tidak mampu untuk berdoa supaya dia melupai yoyo. Yaya merasakan rasa sayangnya kepada yoyo terlalu berat untuk ditanggungnya, hanya 2 sahabatnya yang mengetahui perkara ini dan salah seorang itu adalah saya. Sehinggakan yaya selalu berdoa kepada tuhan untuk memohon kekuatan untuk dia terus menyayangi yoyo kerana terlalu banyak halangan yang harus ditempuhi walaupun hanya sekadar untuk menyanyangi yoyo. Terlalu banyak yang harus dikorbankan dan terlalu banyak melukakan hati yaya untuk menyayangi yoyo. Yaya juga merasakan lebih sukar untuk menyayangi yoyo setelah yoyo mengetahui perkara tersebut.
Tetapi, yaya berdoa supaya dia tidak bercinta dengan yoyo, cukup sekadar dia menyintai yoyo. Kerana dia tahu dengan yoyo dia pasti menjadi cair dan mengikut segala kata-kata yoyo, sebelum ini juga dia tidak pernah membantah apa yang yoyo katakan. Maka dia takut jika perhubungan mereka akan melalaikan yaya dan membawa ke arah maksiat. Bukanlah yoyo dan yaya itu orang yang tidak baik, tetapi yaya bimbang dia akan lalai dengan hasutan syaitan. Dia tidak mengharapkan cintanya dibalas yoyo. Namun jika ditakdirkan tuhan suatu hari yoyo menyayanginya dia beryukur.
*Yaya disini ialah salah seorang sahabat saya. Sama-sama kita doakan semoga yaya menemui kebahagiaannya. Sama ada dengan yoyo ataupun dengan insan yang telah ditentukan tuhan untuknya. Semoga tuhan memberikan apa yang terbaik untuknya. Sama ada membuka hati yoyo untuk yaya, ataupun menutup hati yaya untuk yoyo kerana saya sebagai sahabat tidak sanggup melihat yaya seperti itu lagi, supaya yaya tidak terus mengharap. Seperti isi dengan kuku, saya dapat merasai apa yang dirasai yaya.
No comments:
Post a Comment